UPSI Digital Repository (UDRep)
Start | FAQ | About

QR Code Link :

Type :article
Subject :BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Main Author :Abdul Razak Azila, Muhammad Fidlizan, Mohd Hussin Mohd Yahya, Abdul Hadi Fatimah Salwa,
Title :Kemapanan dan daya saing pajak gadai Islam di Malaysia perspektif perintis (IR)
Year of Publication :2014
PDF Full Text :Login required to access this item.

Abstract :
Pembiayaan pajak gadai konvensional telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Namun, praktis pemberian pinjaman daripada pajak gadai konvensional sering dikaitkan dengan penyelewengan dan mempunyai unsur eksploitasi terhadap peminjam. Sebagai alternatif, pajak gadai Islam yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Muassasah Gadaian Islam Terengganu dengan inisiatif oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sehingga tahun 2013, terdapat 464 buah cawangan daripada 10 institusi yang menawarkan pembiayaan pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional yang berlesen iaitu 259 buah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi tiga perintis utama pemegang pajak gadai Islam di Malaysia iaitu MAIDAM, YaPEIM dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berkaitan aspek kemapanan dan daya saing produk, isu pembiayaan berfokuskan penggunaan dan kesedaran masyarakat terhadap kewujudan pajak gadai Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual separa berstruktur terhadap tiga institusi perintis pajak gadai Islam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pajak gadai Islam berupaya untuk bersaing dan berkembang dengan penawaran sistem gadaian yang berkonsepkan syariah, pengenaan upah simpan yang rendah dan matlamat pembiayaan yang tidak berorientasikan keuntungan dan lebih kepada tanggungjawab sosial. Untuk kemapanan dan daya saing skim ini, peranan kerajaan juga amat penting terutamanya dalam mewujudkan satu akta pajak gadai Islam yang khusus serta mempertingkatkan lagi pemberian lesen kepada pemegang pajak gadai yang berpotensi. Aktiviti promosi dan hebahan maklumat melalui media massa dan elektronik juga perlu dipertingkatkan bagi memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam untuk memilih skim ar-Rahnu sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional.
This material may be protected under Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions of copyrighted materials.
You may use the digitized material for private study, scholarship, or research.

Back to previous page

Installed and configured by Bahagian Automasi, Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris
If you have enquiries with this repository, kindly contact us at pustakasys@upsi.edu.my or Whatsapp +60163630263 (Office hours only)